BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 5, 2007

Tau ga tentang nikotin...?

Nikotin /nikotina ialah sejenis bahan organik yang ditemukan dalam pohon tembakau (daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi). Sebanyak 5% daripada berat tembakau ialah nikotin.

Efeknya :

1. merangsang dan meningkatkan aktivitas metabolisma badan,

2. kewaspadaan/kecergasan dan ingatan,

3. mempunyai kesan melegakan,

4. meningkatkan denyut jantung dan tekanan darah,

5. mengurangi selera makan,

6. Pada dos yang lebih besar, nikotin menyebabkan kemuntahan dan nausea.

Pengguna nikotin juga selalunya terlalu bergantung kepada bahan kimia ini. Pada 16 Mei 1998, Ketua Pakar Bedah Amerika Syarikat, C. Everett Koop mengatakan ketagihan nikotin adalah hampir sama dengan ketagihan heroin dan kokain, tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau. Simptom tarikan yang berlaku termasuk sakit kepala, keresahan dan keteriritasian ( irritability ). Simptom ini mencapai tahap akut dalam 48 hingga 72 jam dan akan berakhir dalam beberapa bulan atau tahun.

Walaupun kandungan nikotin dalam rokok amat sedikit, pengguna masih boleh membentuk dependens fizikal terhadap nikotin. Kandungan nikotin yang diserap badan bergantung kepada beberapa faktor, contohnya jenis jenis tembakau, sedutan asap rokok, dan penggunaan penapis/turas.

0 comments: